Tuesday, October 23, 2018

KEJORA MALAM



KEJORA MALAM

Aduhai Adinda juita hatiku
Di mana gerangan intan mutiara
Kembang desa ayu memesona
Hilang sahaja entah ke mana
Buah  hatiku sukma lara
Kerinduan menekan jiwa
Bukalah dadaku
Supaya kau lihat benda utama
Aku bertanya, wahai juita hatiku
Mengapa kini Engkau mulia?
Termenung aku, ditarik angan
Berdiam sahaja tiada berdaya
Dalam mimpiku di tengah malam
Kulihat langit, hijau nirmala
Bertaburkan bintang berseri silam
Kemudian kejora di tengah kelam
Timbul berseri terang menyilaukan
Menyinari bumi di atas alam
Itulah kau di mataku


Bukittinggi, -- Oktober 2018
@Amrhy_02

No comments:

Post a Comment